Drama Sayang Papa Saya Tak? [2017] Astro Ria


Drama Terbaru Sayang Papa Saya Tak? yang diadaptasi dari novel karya Hanni Ramsul terbitan Kaki Novel. Drama ini menampilkan Hisyam Hamid dan Emma Maembong sebagai pelakon utama. Drama ini sedang dalam proses pengambaran dan dijangka akan ditayangkan pada 9 Januari tahun 2017 di Astro Ria dan Ria HD. Sama-sama kita nantikan.

Novel Sayang Papa Saya Tak? karya Hanni Ramsul
Details
Tajuk: Sayang Papa Saya Tak?
Genre: Drama
Tarikh Tayangan: 9 Januari 2017
Hari Tayangan: Isnin - Khamis
Masa Tayangan: 10 Malam
Saluran: Astro Ria dan Astro Ria HD
Episod Penuh: 16 Episod
Pengarah: Amie Maziah Abdul Rahman
Terbitan: Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
    Pelakon
    Hisyam Hamid sebagai Farish
    Emma Maembong sebagai Raisya
    Wan Sharmila sebagai Azyan
    Izara Aishah sebagai Kasih
    Eleena Sui sebagai Aleya
    Aida Khalida sebagai Puan Rogayah
    Sinopsis Sayang Papa Saya Tak?
    Farish mengahwini Raisya atas desakan ibunya walaupun dia tidak suka pada gadis mata duitan itu kerana anaknya terbiar tanpa kasih sayang seorang ibu setelah kematian Kasih. Anaknya perlukan seorang ibu dan dia sendiri tidak kuat untuk menjaga anaknya itu. Mereka berkahwin dan mula mencipta kisah yang penuh warna-warni dalam rumah tangga mereka. Saling mengenali satu sama lain, Raisya memberi impak positif untuk dia bangkit semula. Perlahan-lahan dia mula jatuh cinta untuk kali kedua, memberi ruang untuk Raisya sesuaikan diri sebagai seorang isteri.

    Namun… emosi Raisya terdera dengan kehadiran Azyan, kawan baik arwah Kasih dan juga Aleya, bakal tunang Fakhrul, adik kembar Farish yang turut meninggal dunia bersama Kasih.

    “RM100,000.00 Encik Farish? Yang tak gatal pun mesti jadi gatal.”- Raisya.

    Kalau begitu ragamnya, bagaimana Farish tidak pening dengan Raisya?

    Gambar Pelakon






    Drama Sayang Papa Saya Tak? [2017] Astro Ria Drama Sayang Papa Saya Tak? [2017] Astro Ria Reviewed by Unknown on 23:33 Rating: 5

    No comments:

    Powered by Blogger.