Drama Umairah [2016] Samarinda TV3


Akan datang drama terbaharu arahan Along Kamaludin bertajuk 'UMAIRAH'. Sebelum ini drama ini menggunakan nama Tahajud Cinta Umairah. Drama terbitan Layar Ceritera Sdn Bhd ini membariskan pelakon seperti Lufya Omar, Amar Asyraf, Shah Iskandar, Shiqin kamal dan ramai lagi. Bakal muncul di kaca televisyen pada bulan September nanti di slot Samarinda TV3 .

Details
Tajuk: Umairah
Genre: Telefilem, Drama
Tarikh Tayangan: 26 Oktober 2016
Hari Tayangan:   Isnin - Rabu
Masa Tayangan: 10:00 malam
Saluran: Slot Samarinda TV3
Penulis SkripEja Lorena
Pengarah: Along Kamaludin
Terbitan: Layar Ceritera Sdn Bhd
    Pelakon
    Lufya Omar sebagai Ustazah Umairah
    Amar Asyraf sebagai Shahrizal
    Shah Iskandar
    Sinopsis
    Mengisahkan tentang liku-liku perjalanan hidup yang dilalui oleh seorang wanita bernama Puteri Nur Umairah Dato Amir. Puteri sulung kepada seorang jutawan dan usahawan terkenal iaitu Dato’ Amir yang juga pemilik syarikat perkapalan terkemuka negara, Garuda Global. Ibunya Datin Sumaiyyah meninggal dunia ketika melahirkan adiknya, Puteri Nur Sabrina. Umairah dan Sabrina dibesarkan oleh papa mereka, Dato’ Amir dan pembantu rumah mereka yang dikenali sebagai Tokma . Perlakuan dan sifat Umairah dan Sabrina ketara berbeza. Umairah gadis yang lemah lembut dan bersopan santun serta penyabar. Manakala Sabrina pula kasar perlakuannya, suka memberontak dan lebih agresif. Namun dia sangat rapat dan sayangkan kakaknya.

    Umairah sabar dan tabah dalam menghadapi pelbagai ujian. Bagaimana dia mencari kebenaran diatas apa yang terjadi pada adiknya Puteri Nur Sabrina. Bagaimana dia bangkit dari kekecewaan apabila melihat cinta hatinya Adam berkahwin dengan orang lain. Malah dirinya sendiri telah dijodohkan dengan orang kepercayaan ayahnya iaitu Shahrizal. Siapakah Shahrizal ni sebenarnya?

    Gambar Pelakon




    Poster Drama 


    Drama Umairah [2016] Samarinda TV3 Drama Umairah [2016] Samarinda TV3   Reviewed by Unknown on 01:52 Rating: 5

    No comments:

    Powered by Blogger.