Drama Bahagia Kasihmu [2016] Zehra TV3


Drama Terbaru Bahagia Kasihmu akan dibintangi oleh pelakon. Drama ini diarahkan oleh Nazir Jamaluddin dan merupakan terbitan syarikat A. Aida Production Sdn Bhd. Drama ini bakal disiarkan di slot Zehra TV3 tidak lama lagi.

Novel Bahagia Kasihmu karya Fatin Nabila


Details
Tajuk: Bahagia Kasihmu
Genre: Drama
Tarikh Tayangan:
Hari Tayangan: Rabu - Jumaat
Masa Tayangan: 9:00 malam
Saluran: Slot Zehra TV3
Episod Penuh: 13 Episod
Pengarah: Nazir Jamaluddin
Terbitan: A. Aida Production Sdn Bhd
    Pelakon
    Eyka Farhana
    Fezrul Khan Junaidi
    Sinopsis Bahagia Kasihmu
    DIBURU masa silam, Tasnim sentiasa kegelisahan. Kepahitan semalam mendera perasaan. Terus, dia tidak berani mencintai. Jauh sekali membiarkan dirinya dicintai. Dia sentiasa sedar di mana dia berpijak. Di penjuru mana dia berdiri. Kemunculan Zarul, memang tidak diduga. Tanpa sedar, lelaki itu menjadi watak penting dalam hari-harinya. Dia seolah terikat dengan Zarul. Ingin menjauh, tetapi makin dekat pula jadinya. Dalam diam, sedetik rasa mula bertunas dalam jiwanya. “Awak adalah perempuan yang berjaya membuka pintu hati saya. Siapa pun awak sebelum ini, saya tak kisah.Izinkan saya bahagiakan awak.” Tasnim terkedu. Pertemuan mereka tidak pernah dirancang. Perkenalan mereka tanpa salam. Lalu, semudah itukah dia melafazkan kata cinta? Kata pujangga, apabila hati disimbahi cahaya cinta, sinarnya akan dapat dibaca pada seri wajah. Begitulah hebatnya kuasa cinta. Jadi, wajarkah dia menolak hakikat sebuah kehidupan? Hakikatnya, cinta itu permulaan sebuah derita. Dibayar de-ngan air mata sekalipun belum tentu mendatangkan bahagia sekelip mata. Pergilah cinta, andai itu mampu mengembalikan kebahagiaan. Biarkan sahaja bahagia kasih itu berlalu, andainya itulah harga sebuah kepahitan yang perlu dibayar. Biarlah rindu ini terus tersimpan dalam lipatan memori cinta.

    Gambar Pelakon








    Drama Bahagia Kasihmu [2016] Zehra TV3 Drama Bahagia Kasihmu [2016] Zehra TV3 Reviewed by Unknown on 14:35 Rating: 5

    No comments:

    Powered by Blogger.